Info-info Terbaru.

1. inFO Hot bulan july NAK tahu click 'here'

2. Buat duit kat internet tanpa modal satu sen pun.. REGiSTER percuma click 'here'

3. UNtuk Pengguna MAXIS.. click 'here'

4. YANG minat, BOLA click 'here'

Sabtu, 1 Mei 2010

Kisah Buang Bayi

Kisah Buang Bayi

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual ana

knya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya kelu ar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pu n tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

"JANGANLA SESEKALI KITA MELUPAI JASA KEDUA IBU BAPA KITA"

Khamis, 29 April 2010

Menantu Yang Luarbiasa

Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya

.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...


Isnin, 26 April 2010

LAWAK ZAMAN SEKOLAh

.
.
.
. "LAWAK ZAMAN SEKOLAH"....


pak ima dengan 3 orng budak kpg........

.
.
.
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekiam...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...

hehe...:)

Ahad, 25 April 2010

Mari terjun!!!

.
.
.
.
.
Mari terjun!!!

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wan
ita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.


Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!".

Sabtu, 24 April 2010

Waktu sekolah tingkatan tiga.


Waktu sekolah tingkatan tiga.
Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.


Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat.
Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.



Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan.
Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku.


Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu.


Nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu.

Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi...

Jumaat, 23 April 2010

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2


Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki
kete.

Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?

Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg

nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : "Itupun sedara kiter jugak ke"?


ibu : ^&%$#@!&%^^

Khamis, 22 April 2010

anak2 malaysia


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Hendak dijadikan cerita,

"Ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye"

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh : Oh, I'm sorry

Pemuda : It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh : Thank you too.

Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for?

Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?

Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh : ( #$@#%$$^*) dalam kebingunan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails